"Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!"
Suka n terharu sekali membaca ayat di atas yg diambil dr satu laman web. Walaupun saya generasi baru dr zaman yg berbeza, membaca dan menghayati cerita dr org yang terdahulu berkenaan kemerdekaan negara menuntut saya berfikir, patriotikkah kita anak-anak muda zaman sekarang?
Ya, kita juga menyambut 31 Ogos setiap tahun.. tetapi kita belum sampai tahap kita betul2 menghayati makna kemerdekaan itu sendiri. Banyak perkara yang perlu difikirkan.
Kawan2.. 'Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke 52'