September 6, 2009

Nota-Nota Kecil



Ntah berapa tahun agaknya ila x buka kotak merah di umah kat kampung. Walaupun tempatnya dah berubah sejak adik mengemas bilik itu. Emm.. tapi kali ni ila rajinkan diri selongkar kotak tu semata-mata untuk mengambil gambar-gambar lama di UUM dulu..

Tapi tak sangka pulak terjumpa nota-nota kecik.. teringat dulu ila pernah meluahkah masalah pada seorang kawan.. dan ila terima nota ini..

"Bila ada orang datang cerita masalah pada kita, bukan bermakna dia letak beban suruh sama-sama pikul, tapi sebenarnya kita akan mula belajar menilai erti sebuah kehidupan"

So sweet.. Bila ada sesuatu perasaan menyusup halus di hati..

"Ada orang baru mengerti kekuatan atau powernya satu perkataan lima huruf yang disusun menjadi sedap di sebut dan indah kalau dapat merasa.. R.I.N.D.U.. "

Setiap orang ada impian dalam hidupnya.. dan semangat sekali bila terima nota ini..

"Kalau impikan suatu yang indah dan baik. InsyaAllah.. benda tu akan jadi kenyataan. Buatlah apa yang patut kalau tak hari ni, esok.. lusa.."

Sungguh istimewa menjadi seorang perempuan, terutama sekali seorang ibu..

"Perempuan memang berperwatakan lemah tapi hati kering. Nasihatnya lembut tapi tajam. Suara pula rendah tapi renungannya menusuk. Tangisan perempuan pula sayu, tapi cukup untuk orang lain faham. Dan langkahnya lembut tapi hatinya tetap kering untuk terus redha hadapi dugaan.."

Dan akhirnya.. nota yang diambil dari sebuah majalah kartun.. dalam lawaknya cerita kartun ada jugak keseriusannya.. Menarik jugak..

"I always feel lonely, but for the first time in my life, i feel complete loneliness"


Sekadar sisipan nota-nota kecik yang telah bertahun2 tersimpan secara tidak sengaja. Sekadar berkongsi apa yang ada..

Pandang Dari Sudut Yang Tidak Sempurna 2

Apa yang anda perasan di dalam pagar belah sana? Lokasinya adalah di belakang umah ila. Yang memisahkan hanyalah pagar..

Terimalah aku, sefitrah asalku
Terimalah aku, seperti kejadianku
Terimalah aku, sebagai manusia, aku tak mahu menjadi binatang
Terimalah aku, sesujud hambaMu
Terimalah aku, segenap milikMu
Emm.. gambar ni ila amik melalui tingkap dapur umah. Dekat je kan.. anda perasan tak apa maksud ila? Ya betul.. tanah perkuburan. Tak jauh je.. ni tanah perkuburan bagi keluarga yang berpangkal nama 'Wan'.. tp orang yang takde nama Wan pun boleh juga.. cuma kebanyakannya gitula..
Ila selalu ditanya.. tak takut ke duk umah dekat ngan kubur? Mesti tergelak dengar.. Alhamdulillah.. sejak lahir lagi, takde lagi melalui saat takut berkenaan kubur ini. InsyaAllah, harap2 sampai bila2 takde apa2 yang menakutkan akan berlaku.
Cuma ia banyak menginsafkan diri. Setiap kali ada kematian, kami berpeluang untuk melihat melalui tingkat atas umah.
Pandang dari sudut yang tidak sempurna.. tapi ada keinsafan yang terbit dari hati. Apakah aku cukup amalannya untuk menemui Tuhan Yang Maha Esa. Sesungguhnya.. aku amat kerdil di sisiMu Ya Allah.

Andaiku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andaiku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Andaiku tahu
Malaikat bakal menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat padaMu
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertaubat padaMu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di syurga
Andaiku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat padaMu
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku
Menangis ku bertaubat padaMu

September 5, 2009

Pandang Dari Sudut Yang Tidak Sempurna 1


Banyak dalam kepala yang ingin dicoretkan. Namun ada saja kekangannya selepas pulang dari kampung 2 September lepas. Bercakap pasal kampung, tenangnya hati bila dapat luangkan masa bersama keluarga di kampung. Berbual, berehat, berbuka puasa bersama, satu perasaan yang sangat menggembirakan. Di samping dapat merehatkan fikiran daripada bebanan kerja yang tidak pernah habis.


 Kampung.. satu tempat yang tak akan hilang daripada hati. Walau ke manapun aku pergi. Permandangan dan persekitarannya membuatku tak sabar untuk pulang. Menempuh perjalanan yang panjang, ketidakselesaan tempat duduk di dalam bas, apatah lagi.. sepatutnya malam itu aku menaiki bas super vip, tapi yang datang adalah bas biasa yang seperti kata pemandu bas "duduk je manapun, ikut suka".. berkemungkinan sempena cuti merdeka, ramai pula yang ingin pulang ke kampung.

 Aku menerima seadanya, walaupun pada mulanya ada perasaan kesal. Duduk pulak di sebelah budak perempuan yang agak sombong. Biarlah.. akupun tidak suka untuk berbual di dalam bas. Baik aku melayan fikiran sendiri.. (teringat pulak kenangan balik kampung puasa tahun lepas, dapat jugak kenalan baru..). Bak kata kenalan tu..


"Selamat Ulangtahun". yalah.. tak perasan pulak dah setahun kami jadi kawan.. walaupun hanya sekali itu berjumpa. Buat kawan itu, kalau ada terbaca coretan ila ni...
"Moga kita tetap kawan sampai bila-bila.

Berkawan dengan cara ini seadanya, walau tak berjumpa..
Ila doakan moga nanti dapat jadi pakar motivasi secara rasmi atau tak rasmi. Kalau nak tahu, soalan2 yang ditanya hari tu, dalam 80% adalah tepat, cuma yang tak tepat pasal bunga dalam bakul tu.. hehe..
Doakan jugak, moga dapat jadi pekerja yang dedikasi walau...
dapat bos baru yang kerek.. huhu... "
 Berbalik pasal kisah dalam bas, entah kenapa.. malam tu adalah malam yang paling sejuk berada dalam bas, menggeletar badan walau dah sarung baju sejuk di badan. Kalau malam tu lama lagi, boleh mati kesejukan gitu.. Lagi yang buat tak selesa, di bulan ramadan ni, bas berhenti terlalu lama untuk bersahur.. sepatutnya jam 5 pagi dah sampai di destinasi, tapi nampaknya jam 6 pagi, baru sampai di stesen bas Bandaraya Kuala Terengganu.. (segan pulak nak sebut bandaraya, coz tak nampak cam bandaraya pun..)
Akhirnya sampai jugak di rumah. Alhamdulillah.. selepas hampir 3 bulan tidak pulang ke kampung. Bak kata seorang kawan dalam email dulu..
 
“Ketika kau masih belum kawin ni lah boleh selalu jenguk mak bapak kat kampung. Bila dah kawin nanti, ada banyak pula kekangannya. So ambil la peluang waktu senang ni untuk jumpa mereka selalu. Jangan tunggu bila nak raya je baru nampak muka”.


Sinis sekali nadanya, tapi ada banyak kebenarannya. Terasa sekali dengan kata-katanya walau hanya bersua di dada email.

So.. apa maksudku dengan tajuk di atas.. "Pandang Dari Sudut Yang Tidak Sempurna"
Biasalah.. berada di kampung, orang kampung lah katakan.. banyak permandangan yang tidak sempurna di rumah kampungku. Banyak hal yang memberi nilai sentimental. Membuat aku rindu akan suasana yang tidak sempurna mana, tapi berjaya membuat jiwa tenang, segar dan rasa macam hati terus terpacak di sini, seperti cepat sangat masa berlalu, sedangkan baru berada dalam bas malam tu.
Emm.. dediakasi untuk diri sendiri, juga untuk ahli keluargaku, kalau terbaca coretan ini.. Gambar-gambar yang tidak sempurna manapun..