August 31, 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

"Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!"

Suka n terharu sekali membaca ayat di atas yg diambil dr satu laman web. Walaupun saya generasi baru dr zaman yg berbeza, membaca dan menghayati cerita dr org yang terdahulu berkenaan kemerdekaan negara menuntut saya berfikir, patriotikkah kita anak-anak muda zaman sekarang?
Ya, kita juga menyambut 31 Ogos setiap tahun.. tetapi kita belum sampai tahap kita betul2 menghayati makna kemerdekaan itu sendiri. Banyak perkara yang perlu difikirkan.
Kawan2.. 'Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke 52'

August 24, 2009

Selamat Ulangtahun My Sis..

"Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan... AJA
Allah selamatkan kamu"

Aja, Hehe.. sori ah, terlambat ucap sehari je. Kira Hepi Belated Besday la.. Nah amik ucapan ni..





Kira tak bagi apa-apa aci lah ye..
Coz terkena hari kedua bulan Ramadan.
So, amik la keberkatan bulan yang penuh berkah ini.


Nak ucapan lagi? Nak bagi yang bling-bling ni. Yela.. nak bagi berlian mana mampu. So, amik la.. bagi free je..
Walau kadang tak teringat besday mu, bukan tandanya lupa.. tapi busy dengan komitmen yang pelbagai. Lagi plak.. susah la, dengan kata lain.. payah la nak ingat nombor2 ni.. hehe.. semuanya alasan semata-mata kan!
 
Teringat masa kecik2 dulu.. kita nak dapatkan sekor patung bear dr mak ayah pn payah kan.. maklum la.. ada byk lagi benda yg lebih penting untuk dibelanjakan.
Tapi hal2 sebegitulah, menjadikan kita sekarang sedar diri, tidak mudah lupa diri.. berbelanja mengikut kemampuan seadanya.
Emm.. nak bagi satu lagi ucapan.. tapi jangan terkejut plak!
Selamat Pendek Umur
Semakin Hari, Semakin Dekat Langkah
Kita Menuju Ketetapan Itu (Kematian)

August 23, 2009

Sampai Bertemu & Salam Ramadan 1430H

Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat Ilahi, kita masih lagi sempat menempuh satu lagi bulan yang penuh berkah, Bulan Ramadan. Pembuka Bicara, moga semua berada dalam keadaan sihat seadanya. Jangan jadi macam ila, dah sebulan batuk, masih belum sihat sepenuhnya. (Shhhh.. sebenarnya ila sangat tak suka makan ubat, apatah lagi tidak ada istilah berpantang dalam bab makan2 ni, macammana nak sihat kan!). Tapi masih lagi dapat menghadapi hari2 dengan seadanya.
Permulaan bulan Islam yang baru, ila sempat buat blog ni, jeles tau tgk blog kawan2. Walaupun tak pandai sangat (jeles tengok blog Jafni, cantik..), ila cuba juga hasilkannya. Jadilah blog yang tidak seberapa ni.
Semoga dengan adanya blog ini dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dengan kawan2 lama dan juga bakal kawan2 baru. Dengan adanya coretan yang pelbagai, secara peribadi mahupun umum, dapat sama-sama kita berkongsi ilmu pengetahuan yang ada.
Terima kasih daun keladi kepada Shah dan Elis yang menjadi pendorong untuk ila mencuba menghasilkan blog ini. Cuba korang jenguk2 blog ni, komen mana2 yang patut dan tegur seadanya. Thanks a lot..

Check out apa kelebihan pada bulan ini..
Sabda Nabi Muhammad s.a.w, diberi kepada umatku 5 perkara yang belum pernah diberi kepada umat2 dahulu sebelumnya :-* Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah,
* Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya,
* Diampunkan dosa2 mereka pada malam Lailatul Kadar,
* Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku,
* Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di akhirat. (Al-Hadith).
So, Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan keep in touch!
Permisi buat seketika..