Syukur ke hadrat Ilahi, kita masih lagi sempat menempuh satu lagi bulan yang penuh berkah, Bulan Ramadan. Pembuka Bicara, moga semua berada dalam keadaan sihat seadanya. Jangan jadi macam ila, dah sebulan batuk, masih belum sihat sepenuhnya. (Shhhh.. sebenarnya ila sangat tak suka makan ubat, apatah lagi tidak ada istilah berpantang dalam bab makan2 ni, macammana nak sihat kan!). Tapi masih lagi dapat menghadapi hari2 dengan seadanya.
Permulaan bulan Islam yang baru, ila sempat buat blog ni, jeles tau tgk blog kawan2. Walaupun tak pandai sangat (jeles tengok blog Jafni, cantik..), ila cuba juga hasilkannya. Jadilah blog yang tidak seberapa ni.
Semoga dengan adanya blog ini dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dengan kawan2 lama dan juga bakal kawan2 baru. Dengan adanya coretan yang pelbagai, secara peribadi mahupun umum, dapat sama-sama kita berkongsi ilmu pengetahuan yang ada.
Terima kasih daun keladi kepada Shah dan Elis yang menjadi pendorong untuk ila mencuba menghasilkan blog ini. Cuba korang jenguk2 blog ni, komen mana2 yang patut dan tegur seadanya. Thanks a lot..
Check out apa kelebihan pada bulan ini..
Sabda Nabi Muhammad s.a.w, diberi kepada umatku 5 perkara yang belum pernah diberi kepada umat2 dahulu sebelumnya :-* Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah,
* Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya,
* Diampunkan dosa2 mereka pada malam Lailatul Kadar,
* Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku,
* Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di akhirat. (Al-Hadith).
So, Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan keep in touch!
Permisi buat seketika..
No comments:
Post a Comment