September 5, 2009

Pandang Dari Sudut Yang Tidak Sempurna 1


Banyak dalam kepala yang ingin dicoretkan. Namun ada saja kekangannya selepas pulang dari kampung 2 September lepas. Bercakap pasal kampung, tenangnya hati bila dapat luangkan masa bersama keluarga di kampung. Berbual, berehat, berbuka puasa bersama, satu perasaan yang sangat menggembirakan. Di samping dapat merehatkan fikiran daripada bebanan kerja yang tidak pernah habis.


 Kampung.. satu tempat yang tak akan hilang daripada hati. Walau ke manapun aku pergi. Permandangan dan persekitarannya membuatku tak sabar untuk pulang. Menempuh perjalanan yang panjang, ketidakselesaan tempat duduk di dalam bas, apatah lagi.. sepatutnya malam itu aku menaiki bas super vip, tapi yang datang adalah bas biasa yang seperti kata pemandu bas "duduk je manapun, ikut suka".. berkemungkinan sempena cuti merdeka, ramai pula yang ingin pulang ke kampung.

 Aku menerima seadanya, walaupun pada mulanya ada perasaan kesal. Duduk pulak di sebelah budak perempuan yang agak sombong. Biarlah.. akupun tidak suka untuk berbual di dalam bas. Baik aku melayan fikiran sendiri.. (teringat pulak kenangan balik kampung puasa tahun lepas, dapat jugak kenalan baru..). Bak kata kenalan tu..


"Selamat Ulangtahun". yalah.. tak perasan pulak dah setahun kami jadi kawan.. walaupun hanya sekali itu berjumpa. Buat kawan itu, kalau ada terbaca coretan ila ni...
"Moga kita tetap kawan sampai bila-bila.

Berkawan dengan cara ini seadanya, walau tak berjumpa..
Ila doakan moga nanti dapat jadi pakar motivasi secara rasmi atau tak rasmi. Kalau nak tahu, soalan2 yang ditanya hari tu, dalam 80% adalah tepat, cuma yang tak tepat pasal bunga dalam bakul tu.. hehe..
Doakan jugak, moga dapat jadi pekerja yang dedikasi walau...
dapat bos baru yang kerek.. huhu... "
 Berbalik pasal kisah dalam bas, entah kenapa.. malam tu adalah malam yang paling sejuk berada dalam bas, menggeletar badan walau dah sarung baju sejuk di badan. Kalau malam tu lama lagi, boleh mati kesejukan gitu.. Lagi yang buat tak selesa, di bulan ramadan ni, bas berhenti terlalu lama untuk bersahur.. sepatutnya jam 5 pagi dah sampai di destinasi, tapi nampaknya jam 6 pagi, baru sampai di stesen bas Bandaraya Kuala Terengganu.. (segan pulak nak sebut bandaraya, coz tak nampak cam bandaraya pun..)
Akhirnya sampai jugak di rumah. Alhamdulillah.. selepas hampir 3 bulan tidak pulang ke kampung. Bak kata seorang kawan dalam email dulu..
 
“Ketika kau masih belum kawin ni lah boleh selalu jenguk mak bapak kat kampung. Bila dah kawin nanti, ada banyak pula kekangannya. So ambil la peluang waktu senang ni untuk jumpa mereka selalu. Jangan tunggu bila nak raya je baru nampak muka”.


Sinis sekali nadanya, tapi ada banyak kebenarannya. Terasa sekali dengan kata-katanya walau hanya bersua di dada email.

So.. apa maksudku dengan tajuk di atas.. "Pandang Dari Sudut Yang Tidak Sempurna"
Biasalah.. berada di kampung, orang kampung lah katakan.. banyak permandangan yang tidak sempurna di rumah kampungku. Banyak hal yang memberi nilai sentimental. Membuat aku rindu akan suasana yang tidak sempurna mana, tapi berjaya membuat jiwa tenang, segar dan rasa macam hati terus terpacak di sini, seperti cepat sangat masa berlalu, sedangkan baru berada dalam bas malam tu.
Emm.. dediakasi untuk diri sendiri, juga untuk ahli keluargaku, kalau terbaca coretan ini.. Gambar-gambar yang tidak sempurna manapun..

No comments:

Post a Comment