October 28, 2009

Hanya Dia Tahu

Dalam sayunya hati menghadapi masalah yang tidak dijangkakan, kadang2 kita tak sedar atau mungkin terlupa, ada lagi manusia lain atau kawan2 kita tentunya menghadapi masalah dan trauma hidup yang lagi hebat daripada apa yang kita lalui. (especially to Jafni.. Tuhan benar-benar menguji ko.. yang tentunya ada hikmah yang tersembunyi daripadaNya).

Alhamdulillah.. hidup ila masih lagi berjalan dengan seadanya. Walaupun.. malam tadi Tuhan menguji akan keselesaan, ketabahan, keampuhan diri dalam menghadapi masalah yang mungkin sebesar zarah sahaja. Bangun pagi, Alhamdulillah.. dengan coletan sedikit alat solek.. tak la nampak mata bengkak.

Hiburkan hati sendiri dengan pembelian yang tidak seberapa (dah hujung bulan, sengkek la jgk walaupun sikit je barangnya).


Dah agal lama tak beli novel.. so sambarlah satu. Dah la pergi kedai buku pada waktu kerja. Selamba je.. Sory bos.. sat je.. Tapi bila dah pilih novel tu, lama la jugak membeleknya. Pilih mana satu yang dirasakan best pada masa yang singkat tu.. (Gatal sgt p wktu kerja, dah tak boleh belek n pikir lama2 sgt).

Apa kriteria sesuatu novel yang ila akan beli. Sekarang ni suka sangat baca novel keluaran Alaf 21. Teringat masa sekolah menengah dulu, suka baca novel Ahadiat Akashah dan novel keluaran Creative Production. Selaras dengan perubahan semasa.. Alaf 21 memberikan kepuasan pada bacaan dan segalanya. Pastu mesti tgk jalan ceritanya.. msti menarik di hati.. dan kombinasinya gambar muka depan yang cantik dan ada elemen2 kejiwaan.. huhu..

Kat sebelah tu saje la, letak resit sbg kenang-kenangan. Apa taknya, kata org biar papa asal bergaya (time sengkek tu..). Tapi ni.. biar papa asal aku puas nak redakan hati yang mungkin sedikit tercalar.. Selalu baca dalam artikel, shoping adalah satu terapi untuk wanita bila dia menghadapi masalah.. maybe la! Walaupun shoping yang tidak seberapa..


Terpikat la pada jalan cerita 'Hanya Dia Tahu' oleh Aleya Aneesa.. Cantik gambar depannya.. Suka sekali melihat seorang wanita di atas bangku sambil meriba laptop..

Mengisahkan tentang.. ntah.. belum smpat baca lagi.. Nanti kalau dah mula membaca, asyik sehingga tak sedar malam dah lewat. Pasti teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya macam tiada hari esok untuk menyudahkannya.

Dulu, pernah la jugak mengarang novel. Pernah menghadiahkan seorang kawan novel tu.. tapi kalau bagi pihak penerbitan novel, pasti mereka tak menganggap apa yang dihasilkan itu sebuah novel.. sebabnya.. pendek sgt.. nak kata cerpen plak.. panjang sikit  je..

Bulan lepas ada kawan bertanya. "Ila.. mcmana caranya nak hantar novel untuk penerbitan?" So ila sempat membantunya (adiknya sebenarnya yang bertanya).

Emm. menarik jugak kalau dapat tau. Mana tau lepas ni nak mula semula hasilkan novel, boleh gak jadi novelis plak. Konon la! Mulalah mulakan kerja yang tidak bergaji (walaupun kerja yang bergaji berlambak2 fail atas meja untuk dikerjakan! Huhu..).

Ila mula menelefon Alaf 21.. tp tiada sambutan. So tulis email bertanyakan hal tu. Kemudian kawan itu cuba telefon lagi. Kali ni ada sambutan tapi perlu call semula untuk bercakap dengan ketua editor. Lepas setengah jam, call semula. Dapat bercakap dengan ketua editor.. penerangannya bagus dan berbaloi. Dapat la sedikit ilmunya.

Esoknya, ila menerima jawapan balas daripada email yang ditulis sebelumnya. Jawapan dan penerangannya lagi berbaloi-baloi.. tapi ada sedikit pesanan di bawah penerangannya..

*Sekadar peringatan/pandangan : Elakkan cerita bertemakan kahwin paksa, kahwin yang diaturkan keluarga, khalwat dan orang ketiga kerana cerita sebegini telahpun banyak berada di pasaran dan dapat dijangka apakah ke¬sudahannya... Cuba fikirkan jalan cerita yang menarik, ada unsur saspens/tandatanya serta lonjakan emosi yang boleh menarik pembaca untuk terus membaca. Yang pasti, elakkan persamaan jalan ce¬rita dengan novel lain yang pernah anda baca.

emmm... no komen. huhu..



                                                

 mmm.. dah beli tu kena la sign kan.. saje suka2..


No comments:

Post a Comment