October 18, 2009

Nyam.. Nyam.. Kerabu Ikan Bilis..

Kadang-kadang tak tau nak masak apa untuk hidangan tengahari. Sebab kombinasi lauk pauk amat penting untuk menambah selera makan. So hari ini, ila mencuba untuk membuat kerabu yang simple, iaitu segala bahan-bahannya telah tersedia di dapur. Tak perlu nak keluar untuk mencarinya..
So, jadilah..

KERABU IKAN BILIS

Bahan-Bahan :
300 gm ikan bilis (digoreng garing)
3 batang serai (dihiris halus)
2 biji bawang besar (dihiris)
3 helai daun limau purut (dihiris halus)
1/2 batang lobak merah (dihiris)
1 batang timun jepun(dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
10 biji cili padi (dihiris)
4 biji buah tomato (dipotong dadu)
Perahan jus limau kasturi
Garam
Gula

Cara Membuat :
Mudah sahaja melakukannya. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam mangkuk dengan sedikit garam, perahan jus limau dan gula (gaul sebati).

Ada pesanan : Bagi yang kurang selera makan, cuba resipi ini, pasti tidak menolaknya.. sedap..



Actually.. ila amik resipi ni dari buku '20 Resipi Kerabu' dari Air Tangan Sheila Rusli..
Semua resipinya best-best. Ada beberapa yang telah dicuba..

So.. cuba la.. hehe..

No comments:

Post a Comment